Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-III

Kongres Ketiga telah dirasmikan oleh YAB Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, pada 16 September 1956,di Pejabat Kerajaan Johor Bahru. Sidang bengkel dijalankan di bilik-bilik kuliah Universiti Malaya Singapura.

Mulai sidang ketiga ini juga perbincangan dilaksanakan berdasarkan kertas kerja yang berjumlah sebanyak 30 buah. Sidang pleno dijalankan di Oi Tiong Ham Hall, dan perbincangan bengkel dijalankan di bilik-bilik, A, B, C1, D. E, K, dan P1 di Banguanan Eu Tong Sen. Pameran juga diadakan di Bilik G dan H Bangunan Arts.

Pada malam pertama, 16 September 1956, diadakan ”Malam Melayu” dan peserta sidang juga dihiburkan dengan seni tarian, nyanyian dan lakonan Melayu. Kongres ditutup oleh YB Dato’ Razak Hussain, Menteri Pelajaran, di Istana Besar Johor Bahru pada 21 September 1956, sekali gus beliau menerima resolusi Kongres.

Kongres III memberi tumpuan kepada isu berikut:
1. Aminuddin Baki mengemukakan hujah yang kental bagi meyakinkan peserta Kongres yang bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar pendidikan dengan tidak berlengah-lengah lagi.

2. Kempen yang sangat kuat dilakukan supaya ”sistem ejaan rumi” diterima. Hampir tidak ada, selain daripada Shaikh Abdullah Basmih yang masih memperjuangkan tulisan Jawi.

3. Perhatian juga diberikan terhadap betapa pentingnya kedudukan Indonesia dalam semua isu bahasa. Bahasa Indonesia itu benarbenar dianggap sebaga bahasa Melayu, dan pemersatuan dengan bahasa Indonesia adalah hasrat besar.

4. Bagi memajukan bahasa Melayu, maka tumpuan banyak diberikan kepada perlunya sebuah badan seperti Balai Pustaka di Indonesia bagi menjalankan mencipta istilah dan menerbitkan buku

5. Membina kepustakaan Melayu adalah penting demi memandaikan rakyat.

6. Kerjasama dengan Indonesia dari segi bahasa, istilah, perbukuan juga dianggap sangat kritikal.

7. Perkembangan bahasa Melayu dalam semua bidang dan urusan juga penting.

3.00 Rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-III

Rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-III

Muat Turun:Rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-III

Dibentangkan oleh Admin

3.01 Bahasa Melayu Malaya dan Bahasa Indonesia

Lukman Musa.
Pada bulan November 1955, Persekutuan Bahasa Melayu University Malaya telah membentok sa-buah Jawatan-kuasa Kechil yang di-tugaskan supaya menyiasat dan mempelajari akan chara2 untok mensesuaikan bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Perkara tersebut ada-lah di-anggap sangat mustahak oleh Persekutuan Bahasa Melayu, sa-telah melihat perkembangan Bahasa Indonesia itu.

Muat Turun:3.1 Bahasa Melayu Malaya dan Bahasa Indonesia

Dibentangkan oleh Admin

3.02 Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Z.‘A.B.A.

Banyak orang menyangka - terutama orang2 yang bukan Melayu - bahawa bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu ia-lah dua bahasa yang berasingan atau berlainan sama sa-kali. Sangkaan ini nyata-lah tiada benar. Orang2 Indonesia sendiri pun tetap mengaku bahawa bahasa Indonesia ada-lah berpokok kapada bahasa Melayu. Mereka telah memakai nama “Bahasa Indonesia” itu pada asal-nya (dari […]

Dibentangkan oleh Admin

3.03 Bahasa Melayu dengan tulisan-nya

Z.‘A.B.A

Bahasa Melayu di-Malaya ini ada mempunyai dua tulisan, ia-itu satu tulisan Jawi dan satu tulisan Rumi. Tulisan Jawi itu ia-lah memakai huruf2 ‘Arab dengan di-tambah beberapa huruf baharu bagi merupakan bunyi2 Melayu yang tidak ada di-pakai dalam huruf2 ‘Arab itu. Maka tulisan ini telah di-pakai tidak kurang daripada enam ratus tahun, bahkan barangkali lebeh lama […]

Dibentangkan oleh Admin

3.04 Ghazal Melayu di-dalam Lapangan Kesenian Melayu.

Haji Musa Bin Yusoff

Bermula permainan “Ghazal Melayu” itu ia-itu suatu chara permainan bunyi-bunyian dan nyanyian sa-bagai hiboran di-dalam bahagian kesenian Melayu yang di-tiru menurut chara orang Hindustan yang dikatakan-nya “Gamat”. (Ghazal - kata Melayu. Gamet - kata Hindustan).

Muat Turun:3.4 Ghazal Melayu di-dalam Lapangan Kesenian Melayu.

Dibentangkan oleh Admin

3.05 Bahasa Melayu dalam lapangan pertanian dan penternakan.

Mohd Jamli Bin Haji M. A. Wasi

Terutama sa-kali hendak-lah di-adakan satu Pengerusi dan dua Naib Pengerusi dan bcberapa Jawatan Kuasa Kerja dan Jawatan Kuasa Kerja Kechil. Kerja Pengerusi ia-lah bertanggong jawab atas menjayakan tugas ini dan juga kapada Jawatan Kuasa Kerja Panitia Penyelenggara Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya.
Muat Turun:3.5 Bahasa Melayu dalam lapangan pertanian […]

Dibentangkan oleh Admin

3.06 Bahasa Melayu dalam Ilmu Pokok2 dan Kebun Bunga.

Ahmad Bin Hassan
Bahasa Melayu memegang peranan yang tidak kurang penting-nya dalsm lapangan tumboh-tumbohan sejak zaman dato’ nenek kita sa-hingga sekarang. Menurut pengetahuan saya sa-lama ini, bahasa Melayu sunggoh luas di-gunakan dalam lapangan ini. Kenyataan ini dapat di-boktikan dengan ada-nya buku2 yang mengandongi banyak nama2 tumboh-tumbohan dalam Bahasa Melayu yangdi-susun oleh […]

Dibentangkan oleh Admin

3.07 Poisi

Hajjah Zain Sulaiman
Saya di-minta menulis darihal “Poisi” ia-itu karangan bahasa Melayu berangkap2 dan berbunga2. Yang demikian termasok-lah pantun, sha‘er dan sa-bagai-nya. Saya fikir molek-lah kita menoleh ka-belakang sadikt kerana hendak mengingat2kan chara2 orang Melayu membuat dan menggunakan bahasa yang bersifat poisi ini.

Muat Turun:3.7 Poisi

Dibentangkan oleh Admin

3.08 Bahasa Melayu Sa-bagai Bahasa Pengantar di-dalam Pentadbiran dan Perundang-Undangan

Mohamad Haniff
Urusan Pertadbiran dan Perundang-undangan mengenai dan meliputi sa-genap segi kahidupan maka kemajuan dan perkembangan-nya sama naik-nya dengan kemajuan bahasa di-dalam lain2 bahagian kahidupan terutama kemajuan dan perkembangan politik, ekonomi, dan kebudayaan.
Muat Turun:3.8 Bahasa melayu sa-bagai bahasa pengantar di-dalam pentadbiran dan perundang-undangan

Dibentangkan oleh Admin

3.09 Perkembangan Bahasa Melayu dalam Sekolah Rendah dan Menengah.

Aminuddin Baki.
Memang telah menjadi pendapat ‘umum, bahkan keperchayaan ‘umum, bahawa sekolah ada-lah satu alat yang berpengaroh dan berkesan sa-kali dalam usaha perkembangan bahasa Melayu untok menjadi bahasa kebangsaan dan rasmi yang sa-benar2-nya bagi Persakutuan Tanah Melayu. Harus pendapat dan keperchayaan itu di-asaskan atas kenyataan yang nyata bahawa sekolah berupa suatu […]

Dibentangkan oleh Admin

3.10 Bahasa Melayu dalam Menyusun Kamus Melayu yang Lengkap

Haji Shamsudin Yunos
Kamus bahasa2 saperti yang di-kenali umum sekarang ini ia-lah suatu pendapatan baharu dan boleh-lah ia-itu di-mithalkan sa-bagai anak kunchi bagi ilmu2, pengetahuan, technology, kesenian dan lain2 lagi. Kamus yang tertua sa-kali, mengikut keterangan yang di-perolehi daripada kitab2 tarikh, ia-lah kamus Greek yang bernama “Thessaurus” - arti-nya perbendaharaan. Dzahir-nya ia-lah di-dalam kurun yang ketiga […]

Dibentangkan oleh Admin

3.11 Bahasa Melayu dan Tulisan Kebangsaan.

Syaikh Abdullah Basmih
Bahasa Melayu yang telah kembang meliputi ‘Alam Melayu dan gugusan Pulau2nya, sa-sunggoh-nya panjang riwayat-nya. Pada zaman sa-belum Islam, Bahasa Melayu telah menggunakan tulisan Hindu, tetapi dengan kedatangan Islam ka-‘Alam Melayu maka hilang-lah pengaroh Hindu - Ugama dan tulisan-nya - dari masharakat Melayu, dan samenjak itu bangsa Melayu pun merasmikan tulisan Islam yang berasal […]

Dibentangkan oleh Admin

3.12 Bahasa Melayu dalam Music

Zubir Said
Dalam menghuraikan soal pemakain “BAHASA MELAYU DALAM MUSIC” akan lebih tepat lagi kalau kita namakan “PEMAKAIAN BAHASA MELAYU DALAM NYANYIAN”, kerana sebenarnya dalam music umum-nya tidak memakai bahasa selain dari dalam nyanyian.

Muat Turun:3.12 Bahasa Melayu dalam Music

Dibentangkan oleh Admin

3.13 Bahasa Melayu dalam Lapangan Seni Lukis

A. Ghani Hamid
Untok mengetahui peranan bahasa di-lapangan seni lukis, kita lebeh dahulu mustahak meninjau sa-luas mana dan sa-jauh mana perkembangan seni lukis subor di-kalangan masharakat kita. Hanya dengan mengetehui perkembangan seni lukis itu sahaja-lah dapat kita menerima dan mengumpulkan bahan2 yang berhubong dengan peranan bahasa Melayu dalam lapangan seni lukis.

Muat Turun:3.13 Bahasa Melayu dalam Lapangan […]

Dibentangkan oleh Admin

3.14 Kertas Kerja mengenai Balai Pustaka

Simin Bin Bondak, drr.
Dalam meshuarat membentok Panitia Kongres Bahasa Persuratan Melayu ke-III yang telah di-adakan di-Melaka pada 7 hari bulan April, 1956, maka meshuarat itu telah melantek lapan orang wakil2 yang datang dari Selangor menjadi ahli Panitia itu, dan dalam meshuarat itu juga Panitia bahagian Selangor telah di-beri tugas untok menyusun Kertas Kerja berkenaan dengan […]

Dibentangkan oleh Admin

3.15 Bahasa Melayu dalam Lapangan Kesusasteraan (Bahagian Prosa)

Kamaluddin Keris Mas
Berbichara tentang Prosa berartilah, membicharakan bahagian kesusasteraan yang terbesar pengaruhnya dan langsung hubungannya dengan masharakat, kerana segala bentuk, isi dan fikiran serta juga yang memeluk keseluruhan Kesusasteraan (Prosa) itu lahir dari hubungan yang langsung antara Pengarang dengan masharakat. Penchiptaan dan kelahiran tiap2 hasil kesusasteraan berlaku dalam hukum beri memberi antara Pengarang dengan Masharakat.

Muat […]

Dibentangkan oleh Admin

3.16 Bahasa Melayu dalam Lapangan Kesusasteraan (Bahagian Puisi Baru).

Osman Awang (Tongkat Warrant)
Akan menyatakan Puisi Melayu Baru dengan tidak barang sedikitpun menyingkap zaman dan tahun yang menabiri Puisi Melayu lama samalah dengan menyebut nama seseorung dengan tidak menyebut nama ayahnya. Karena nama seseorang itu akan lebih dianggap lengkap kalaau ditulis sekali nama ayahnya atau turunannya, maka “Kertas Kerja” inipun akan dapatlah sedikit menambah kekurangannya, […]

Dibentangkan oleh Admin

3.17 Bahasa Melayu di dalam Film dan Sandiwara.

S. Roomai Noor
Pembicharaan mengenai soal BAHASA MELAYU DIDALAM FILM DAN SANDIWARA sekaligus akan merupakan suatu pembicharaan yang bercampur aduk dan menimbulkan kesukaran untuk menentukan satu2 perkara yang dibinchangkan itu.Oleh itu banyak baiknya kalau saya pisahkan pembicharaan mengenai BAHASA HELAYU DIDALAM FILH DAN SANDIWARA itu kedalam dua bahagian - satu BAHASA MELAYU DIDALAM FILM dan satu […]

Dibentangkan oleh Admin

3.18 Bunyi Bahasa Melayu dalam Uchapan.

Asraf Abdul Wahab
Logat Riau-Johor yang dianggap sebagai peninggalan bahasa Me1ayu Melaka dalam Zaman Gemilang Kerajaan Melayu pada abad 16 yang lampau menjadi dasar bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sekarang. Dan dalam menentukan ejaan bahasa Melayu dengan hurup Rumi maka logat Riau-Johor itulah yang dijadikan dasarnya oleh ahli2 bahasa Melayu.

Muat Turun:3.18 Bunyi Bahasa Melayu dalam […]

Dibentangkan oleh Admin

3.19 Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi.

Asraf Abdul Wahab
Ejaan yang resmi di Malaya pada masa ini dikenal dengan nama “Ejaan Sekolah.” Ejaan ini sebenarnya didasarkan pada sistim ejaan yang disusun oleh satu Panitia yang dibentuk oleh Pemerintah Negeri2 Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang) dalam tahun 1902. Panitia ini terdiri daripada: 1. Mr. H. Conway Belfield, Acting British Resident, Perak, […]

Dibentangkan oleh Admin

3.20 Bahasa Melayu dalam Lapangan Kesusasteraan (Bahagian Puisi Baru)

Oleh Masuri S.N.
SUDAH jelas kepada penduduk-penduduk di Tanah Melayu sekarang ini bahawa bahasa Melayu telah ditetapkan menjadi bahasa kebangsaan. Dan bukan itu saja, bahkan kemungkinannya yang besar untuk menjadi bahasa rasmi yang berdaulat penuh adalah menjadi perkara yang sedang hangat dibicarakan oleh penduduk-penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa itu. Tetapi jika kita mahu […]

Dibentangkan oleh Admin

3.21 Bahasa Melayu dalam Keugamaan.

Zulkifli Muhammad
Bahasa ada-lah alat perhubongan manusia dalam hidup-nya yang dengan-nya dapat mereka memindahkan fikiran, pengalaman dan perasaan mereka saperti mana pemindahan benda2 dan barang2 di-lakukan dengan tenaga pengangkat dan pengangkut yang ada di-depan mata kita. Kalau pemindahan benda itu timbul-nya dari pehak sa-sa-orang mendapat, dan dari itu menggunakan, sa-suatu benda maka begitu juga, dengan perantaraan […]

Dibentangkan oleh Admin

3.22 Bahasa Melayu dalam Lapangan Radio.

Dol Ramli
Sebelum di-binchangkan soal yang menjadi tajok kertaskerja ini elok di-tegaskan terlebeh dahulu bahawa kupasan saya ini ada-lah terhad pada BAHASA MELAYU yang di-pakai oleh orang2 Melayu di-Malaya dan pada LAPANGAN RADIO mengenai siaran pemerentah yang terbit dari Radio Malaya; Singapura, Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang. Begitu juga kertas […]

Dibentangkan oleh Admin

3.23 Bahasa Melayu Sa-bagai Bahasa Sa-hari2 Di-kalangan Kaum Buroh Semua Bangsa.

Abdullah Majid
Bahasa ia-lah alat perhubongan untok menyatakan perasaan fikiran, pengalaman dan kemauan, antara sa-orang kapada yang lain dalam lingkongan-nya; dan alat itu berupa yang dapat di-faham oleh manusia. Sa-bagai satu alat yang amat yang di-perlukan oleh manusia dalam kehidupan-nya sa-hari2, dapat-lah di-katakan bahawa sesuatu bahasa itu di-chipta oleh puak manusia yang memerlukan-nya, dan perkembangan bahasa […]

Dibentangkan oleh Admin

3.24 Kata2 Teknik didalam Perusahaan Minyak.

Noordin Abd. Rahman
Kita didalam kawasan Gugusan Pulau2 Melayu mula berdamping dengan perusahaan minyak pada penghujong abad yang lalu. Walaupun kerja menggali kerana menchari mninyak telah dijalankan di Jawa Barat pada tahun 1870 tetapi telaga minyak pertama yang mengeluarkan hasil yang dapat diper­dagangkan telah digali di Sumatra Utara, 15 tahun selepas itu. Telaga ini diketahui sebagai […]

Dibentangkan oleh Admin

3.25 Bahasa Melayu dalam Lapangan Perusahaan.

Mohamed Khir Johari & Ismail bin Mohd.Ali.
Ada pun bahasa sa-suatu bangsa itu ia-lah chermin bagi chara hidup bangsa itu. Chara hidup sa-suatu musharakat pula di-pengarohi oleh berbagai perkara, di-antara-nya yang kuat sa-kali ia-lah iktisad musharakat itu yang menjadi asas kehidupan dan puncha sara hidup manusia. Oleh kerana itu iktisad-lah sa-perkara yang menetapkan chorak bahasa sa-suatu […]

Dibentangkan oleh Admin

3.26 Bahasa Melayu dalam Lapangan Seni Lukis.

Mohamed Salehuddin.
Seni lukis ia-lah suatu kasenian yang baharu pada bangsa kita Melayu. Pada zaman dahulu ahli2 seni Melayu menunjokkan jiwa seni mereka hanya pada pertukangan barang2 emas dan perak serta tembaga, pada ukiran2 kcayu, tandok dan gading, dan pada chorak kain2 saperti kain telepok dan kain batek, tetapi pada kertas dan kain lukisan dengan menggunakan […]

Dibentangkan oleh Admin

3.27 Mengajar Bahasa Kebangsaan Kepada Bangsa2 Asing Yang Sudah Dewasa.

Abdullah Ayub, B.A. (Hons), M.C.S.
Kertas Kerja ini di-buat ia-lah dengan tujuan hendak mengadakan suatu susunan atau atoran supaya bahasa kebangsaan dapat di-pelajari oleh bangsa2 asing yang DEWASA lagi BERPELAJARAN dengan sechara rengkas dan kemas. Kertas Kerja ini tidak huba hendak mengeshurkun suatu atoran pelajaran bagi KANAK2 yang bukan Melayu yang belajar bahasa kebangsaan. Untok mengajar […]

Dibentangkan oleh Admin

3.28 Bahasa Melayu Sa-Bagai Bahasa Pengantar di dalam Sekolah2 Orang Dewasa.

Abdullah Sultan.
Sa-belum sa-suatu ranchangan hendak di-lancharkan biasa-nya di-siasat dahulu dan di-tentukan bahawa orang2-nya-hendak di-ajarkan itu mahu diajarkan. Tentanag Bahasa Melayu penyiasatan yang demikian ini sudah tidak perlu lagi di-jalankan kerana sudah ada chukup bukti bahawa orang2 mahu diajarkan, lebeh2 lagi sa-telah Dasar Pelajaran Razak telah di-terbitkan. Setiauaha2 Negeri dan Settlement bagi Persekutuan2 Pelajaran2 Orang Dewasa […]

Dibentangkan oleh Admin

3.29 Perkembangan Bahasa Melayu dalam Persuratkabaran.

A. Samad Ismail
Suratkabar adalah alat perantaraan dan alat perhubungan yang terpenting sekali dalam masharakat manusia modern. Wataknya sebagai alat perantaraan dan alat perhubungan sesama manusia lahir dari bahasa tertulis yang dipergunakannya sebagai perantaraannya. Sekiranya manusia tidak pandai menuliskan bahasanya sendiri diatas kertas untuk membuat perhubungan antara satu dengan lain atau untuk menyampaikan kabar atau berita […]

Dibentangkan oleh Admin

3.30 Kertas Kerja Mengenai Bahasa Melayu dan Perkembangannya

Ghazali Yunus
Ahli-ahli Bahasa menggolongkan Bahasa Melayu ini kedalam Keluarga Bahasa MELAYU-POLYNESlA atau OCEANIC atau AUSTRONESIA. Keluarga Bahasa ini meliputi suatu kawasan yang luas; nulai dari pulau Formosa hingga ke New Zealand dari Madagascar hingga kepulau Easter dan ini adalah termasuk bahasa-bahasa di-kepulauan Philipina, Gugusan Pulau-pulau Melayu, Micronesia, Melanesia dan Polynesia. Bangsa-bangsa MELAYU-POLYNESIA atau AUSTRONESIA ini […]

Dibentangkan oleh Admin