Pengenalan kepada Kongres Bahasa

Setelah enam kali Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu bersidang, dalam masa lima puluh tahun, ada banyak isu seputar bahasa dan kebudayaan Melayu yang dikemukakan, dibincangkan dan dijadikan resolusi. Ada resolusi yang berhasil dilaksanakan, ada yang tidak. Laman ini adalah himpunan kertas kerja dan prosiding enam persidangan tersebut.

More

Kertas Pilihan

Dato’ Dr. Hassan Ahmad.
Masalah besar yang dihadapi oleh dasar untuk mengembangkan bahasa Melayu di Negara ini sebagai bahasa pendidikan, bahasa ilmu dan ‘bahasa pembangunan’ atau ‘kemajuan negara’ sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara Malaysia, bukan masalah yang ada kenamengena dengan bahasa Melayu itu sendiri tetapi masalah yang timbul dan ditimbulkan di […]

Dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VII 2 Comments »

Prof. Emeritus Abdullah Hassan.
Tidak pernah ada bangsa yang membina tamadunnya tanpa kepustakaan. Tidak pernah juga ada bangsa yang membina tamadunnya atas kepustakaan dalam bahasa orang lain. Setiap bangsa, walaupun kecil membina tamadun bangsanya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Negara kecil yang maju seperti Belanda, Finland, Sweden, Norway, Denmark, Belgium, Luxemberg, Switzerland dan Austria mempunyai kepustakaan […]

Dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-VI 1 Comment »

Aminuddin Baki.
Memang telah menjadi pendapat ‘umum, bahkan keperchayaan ‘umum, bahawa sekolah ada-lah satu alat yang berpengaroh dan berkesan sa-kali dalam usaha perkembangan bahasa Melayu untok menjadi bahasa kebangsaan dan rasmi yang sa-benar2-nya bagi Persakutuan Tanah Melayu. Harus pendapat dan keperchayaan itu di-asaskan atas kenyataan yang nyata bahawa sekolah berupa suatu […]

Dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-III 1 Comment »

Shaharir bin Mohamad Zain.

Peranan bahasa nasional dalam pembangunan telah banyak kali diperkatakan di seluruh dunia sekurang-kurangnya sejak kurun ke-18M lagi. Mungkin yang pertama terkenalnya dalam isu ini ialah oleh ahli matematik dan ahli falsafah Perancis-Jerman Williuam Leibnitz pada awal kurun ke-18M apabila beliau berhujah dengan lantangnya tentang perlunya Jerman membina sainsnya dalam bahasa Jerman. (masa […]

Dibentangkan oleh Admin di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-V 1 Comment »